kerana kita adalah yang terpilih


Ada saat-saat yang indah bila terkenangkan apa yang pernah lalui dan tersenyum terkenagkan satu persatu.. Timbul pertayaan dihati, tak sangka sampi tahap tu telah selamat dilalui. Tersenyum seorg diri.. Dan mungkin gak tak sangka yang hati kuat melebihi dari apa yang disangka..

"Aku mampu melaluinya rupanya.." Getus hati..

Bukankah ujian kesusahan itu sementara? Dan bukankah ujian kesenangan tu pun sesuatu yang tak kekal? Jadi memang setiap satu yang ada pada hari ni,, sememangnya tidak akan kekal. At the end, semuanya akn kembali kepada Allah..

Pnah tak bila kita berada dalam satu situasi tu kita merintih-rintih sendiri, kenpa mesti Allah pilih kita untuk berada disitu atau pun kenpa mesti kita berada ditempat yang kita ada sekarg? Semestinya pernah rasa tak mampu untuk melalui semuanya kan??? huhuu...

Senang je jawapannya...........sebab kita adalah yang terpilih..

Kerana Tuhan yng pilih

Kadang-kadang kita takkan pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kehidupan kita.. Sekejap Dia datgkan ujian kebahagiaan, kejap-kejap Dia datagkn ujian kedukaan dalam sekelip mata.. Adakala tu sampai kita rasa,, " Allah tak sayang aku ke?"hehee...

Kadang-kadang hanya perlu percaya dan yakin bahawa apapun jalan yang Allah takdirkan kita lalui pada masa kita berada sekarg ni ia adalah jalan pilihan Allah yang sebaik-baiknya dan cuma perlu kuat menempuhinya..

Semua org pernah diuji kan? saya, kamu dan kamu, dia dan mereka..
Setiap dari kita pernah diuji melalui ujian dan bakal diuji plak..

Dan Allah menjadikan ujian tu berbeza-beza mengikut kemampuan kita untuk menanggungnya dan Allah takkan pernah sesekali meletakkan seseorg hambanya berada dalam situasi yang tak dapat ditanggung..sebb Allah tau siapa kita...

Berbahagialah dengan ujiannya

Dengan hasil ujian yng dilalui tu la ..kita belajar bnyk perkara.. kita belajar membuka mata dengan lebih luas melihat..Belajar menjadi seorg yang matang dalam menjalani kehidupan..

Dan yang penting.. kita belajar erti kesusahan dan tu mendewasakan.. Pengalaman yang pahit dan manis, senag dan getir tu la yang jadikan diri kita yang sekarang..

Ya.. diri saya, kamu dan kamu..

berbahagialah dengan ujianya? Tulis,taip,baca nampak macm senag je nak lalui ujian kan? hahaa.. tak..tak ckp pun senang untuk melalui satu-satu ujian tu.. Setiap ujian pasti kadang kala akan membuat kita menangis.. Tapi apa yang mahu di sampaikan adalah hasil nikmat-nikamt sesudah ujian dan dugaan yang dilalui.. Syukurlah sebb terpilih! Allah uji sebb Allah sayang.. :)

Mohon doa Allah jadikan kita semua akan jadi lebih kuat.. Kuat iman, kuat akal fikiran, kuat jiwa dan fizikal. kuat membersihkan karat-karat jahiliyah dalam diri.. :) Aamiin...

Semoga Allah merahmati..

No comments:

Post a Comment