Bayangkan

Bayangkan... kita ada anak kecil.. umur 3tahun.. satu hari, kita tengah masak kat dapur, si ank ternampak pisau. merengek-rengek dia menagis nakkan pisau tu jadi mainan.. agak-agak kita bagi atau x? Tentulah x kan? adakah ini tandanya kita x sayangkan anak? Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.. Walaupun di mata anak, pisau itu "menyeronokkan".. tapi kita lebih tahu.. Ia merbahaya untuk anak kita.. kita lebih tahu.. anak tak tahu..


Begitu juga kita dengan Allah.. kita merengek nak kan sesuatu.. tapi Allah tidak izinkan.. adakah Allah tidak sayangkan kita? Bahkan, kerana sayanglah kemahuan kita tidak diturutkan malah diganti dengan lebih baik.. kerana apa yang kita mahukan tu mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.. tapi tidak pada pengetahuan Allah, Allah lebih tahu.. kita tak tahu..


Dan kasih sayang Allah kepada kita jauh lebih besar.. :')


Ok, publish!

No comments:

Post a Comment